Skala Mercalli

Skala keamatan Mercalli (atau ringkasnya skala Mercalli) ialah suatu sistem skala seismos yang digunakan untuk mengukur keamatan suatu gempa bumi. Ia mengukur kesan gempa bumi, dan berbeza daripada skala magnitud momen M w {\displaystyle M_{w}} yang lazim dilaporkan bagi suatu gempa bumi (atau sebelum itu skala Richter M L {\displaystyle M_{L}} ), yang merupakan ukuran tenaga yang terbebas. Keamatan gempa bumi tidak ditentukan seluruhnya oleh magnitud.Skala ini menyatakan kuantiti kesan gempa bumi terhadap permukaan Bumi, manusia, objek alam sekitar dan struktur buatan-manusia pada skala antara I (tidak dirasakan) dan XII (kemusnahan menyeluruh).[1][2] Selain kekuatan gempa, nilainya juga bergantung kepada lokasinya, dengan keamatan tertinggi di sekitar pusat gempa.Skala Mercalli dicipta oleh seorang pakar sains gunung berapi berbangsa Itali bernama Giuseppe Mercalli bagi mengukur kekuatan gempa bumi, berdasarkan skala Rossi–Forel, pada tahun 1902. Skala Mercalli, yang kini telah diubahsuai beberapa kali, terbahagi kepada 12 pecahan dengan menemuramah mereka yang terselamat dan juga dengan melihat dan membandingkan tahap kerosakan, kesan daripada gempa bumi tersebut. Oleh itu skala Mercalli dianggap sebagai sangat subjektif dan kurang tepat berbanding skala berdasarkan magnitud. Disebabkan itu, pada masa sekarang skala magnitud momen lebih meluas digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi. Tetapi skala Mercalli yang diubahsuai, masih boleh digunakan sekiranya tidak terdapat peralatan mesin seismograf bagi mengukur kekuatan gempa bumi di kawasan kejadian.[3]